program-subsidi-petrol-malaysia

Mulai hari ini, 15 Oktober 2019, 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan subsidi petrol boleh menyemak kelayakan mereka di portal rasmi Program Subsidi Petrol (PSP) di https://psp.kpdnhep.gov.my/

Data penerima PSP daripada golongan B40 adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan. Data ini disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Silang semak dilakukan berdasarkan kriteria pemilikan kenderaan yang layak untuk bantuan PSP. Hasil silang semak ini, kementerian telah mengenal pasti 2.9 juta penerima bantuan PSP daripada golongan B40 yang layak untuk menerima subsidi ini.

Walaubagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa data ini masih memerlukan penambahbaikan dan ingin memohon rakyat dalam kategori B40 untuk menyemak status mereka. Sekiranya nama anda tercicir, boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan di dalam portal PSP.

Jika anda:

  1. adalah daripada golongan yang layak menerima BSH dan memiliki kenderaan sepertimana kriteria dalam PSP tetapi belum berdaftar dengan BSH, diminta untuk segera mendaftar BSH dengan Kementerian Kewangan.
  2. adalah penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baru di portal PSP.

Selain daripada kriteria di atas, sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke Kementerian melalui saluran berikut:

  1. HOTLINE : 1800886800
  2. Emel: psp@kpdnhep.gov.my
  3. WhatsApp : 019-2786356

Di sini saya juga ingin mengingatkan bahawa semakan kelayakan hari ini belum lagi termasuk golongan bukan penerima BSH yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2020.

Proses serta tarikh permohonan baru untuk penerima PSP daripada golongan bukan penerima BSH akan diumumkan setelah butiran pelaksanaannya diperhalusi bersama Kementerian Kewangan.

Kerajaan komited untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi membangunkan pangkalan data penerima supaya tiada golongan yang layak akan tercicir daripada menerima bantuan PSP.

-Source-

Syarat-Syarat Kelayakan Penerima (Mesti memenuhi semua syarat)

  1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
  2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
  3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal;
  4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin:
    vehicle-criteria-for-program-subsidi-petrol-malaysia
  5. Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan:
    amount petrol subsidi limit per month

Frequently Asked Questions

  1. Apakah Program Subsidi Petrol?
    Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.
    Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

More…