flat-petrol-price-dr-wan-azizah-wan-ismail

KUALA LUMPUR, 26 Apr: Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyoal sama ada harga petrol dan diesel harga petrol dan diesel tidak berubah selama lima minggu berturut-turut kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 akan berlangsung pada 9 Mei ini.

“Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini diumumkan tidak berubah. Sungguhpun harga minyak Brent berada di paras paling tinggi sejak November 2014, harga kekal untuk lima minggu berturut-turut.

DrWanAzizahWanIsmail-flat-oil-price-statement

“Ini menimbulkan persoalan adakah harga petrol dan diesel tidak berubah selama lima minggu berturut-turut kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 akan berlangsung pada 9 Mei ini?

“Pengekalan harga petrol dan diesel selama lima minggu berturut-turut juga membuktikan harga petrol dan diesel boleh distabilkan.

“Kerajaan Baru Pakatan Harapan akan menstabilkan harga petrol dan diesel serta memperkenalkan semula subsidi secara bersasar dalam 100 hari pertama pentadbiran kami.

“Ini sejajar dengan teras utama pentadbiran Pakatan Harapan iaitu untuk meringankan bebanan kehidupan rakyat,” katanya.

Source: the malaysian times, Dr Wan Azizah facebook